Wednesday, 6 March 2013 | 16:22 | 0 Atasinchi

alhamdulillah dah hampir sebulan aku berjaya tempuh dugaan sebagai hamba allah yang sedang menebus dosa-dosa silam . aku bersyukur sebab masih ramai yang bagi sapport untuk aku terus kuat meneruskan perjalanan sebuah kehidupan . walaupun ada di kalangan mereka yang seakan mempertikaikan perubahan ini , tapi aku takkan mengalah , aku tak nak bertemu illahi dalam keadaan jahil . setiap kali aku terkenang perjalanan hidup ku yang sebelum ni , tak terhitung dosa-dosa yang aku kumpul . setiap kali itu juga , air mata aku tak pernah kering memikirkan bertapa sakitnya hati illahi melihat hamba-hambanya yang berpaling tadah daripada suruhannya . dan aku adalah salah seorang daripada kalangan tersebut . sekarang aku cuba untuk jadi hamba yang terbaik walaupun aku tahu aku tak layak untuk semua ni . terasa seperti sempit berjalan dibumi ciptaanNya . masih ada ke ruang untuk aku tebus dosa semalam ?? sepanjang 21 tahun aku hidup aku tak pernah rasa ape yang aku rase sekarang . susah na terang . perasaan tuh tuhan saja yang tahu . indah sangat walaupun kadang-kadang sakit . sebab dugaan tak pernah henti menguji aku . semakin aku kuat semakin besar dugaan yang akan aku lalui . dugaan ini jugak buat aku menangis hampir setiap hari .
aku tak pernah terniat atau terfikir untuk menarik perhatian sesiapa pun dengan menggunakan keadaan aku sekarang . aku rasa malu na face dengan semua orang . sebab aku rasa aku jahil sangat walaupun aku berniqab . masih banyak yang aku perlu belajar . masih banyak yang perlu aku cari . iaitu diri sendri :)




.jpg)


fara muhamad
Banana Strawberry Chingus !
